Thursday, November 5, 2009

ILMU DAN AMAL : MANA LEBIH PENTING ?

(Dipetik dari kata pengantar sebuah buku terbitan Al-Muammal)

Sebahagian mengatakan bahawa ilmulah yg lebih aula(utama) dlm keberagamaan seseorang. Sebab dgn ilmu, seseorang dapat mengubah tindakan menjadi sebuah “amal”. Tanpa ilmu, tindakan tak lebih dari suatu aktiviti fizikal yang tidak bernilai. Sementara, sebahagian lain mengatakan bahawa amallah yang lebih utama. Sebab, penilaian dilakukan terhadap amal, bukan kepada sesuatu yang belum dilaksanakan. Pahala dan siksa dijatuhkan atas perbuatan manusia, bukan sesuatu yg masih berupa angan dan pemikiran dlm dirinya.

Jika diteliti kitab-kitab agama, maka kita dapati kedua-duanya bukanlah suatu perkara yg harus dipertembungkan kerana kedua-duanya saling berkait. Bahkan pada dasarnya kedua-duanya adalah satu, seperti kata Imam Jaafar Sadiq “Amal tanpa ilmu bukanlah amal, dan ilmu tanpa amal bukanlah ilmu.” Al-quran mengatakan bahawa Kalimah al-Thayyibah(ilmu dan makrifah kpd Allah)-lah yg akan terbang sampai kepadaNya, sementara amal saleh yg berfungsi mengangkatnya. Tauhid, makrifah, dan pengenalan itulah yg sampai kpd Allah, sementara amal saleh tak ubahnya sbg roket pendorong yg menghampirkan hal-hal tersebut kpd Allah. tentu saja tanpa ilmu tak ada yg akan dibawa oleh sang roket, sementara tanpa amal, ilmu bersangkutan akan tetap berada di landas pacu.

Tentang mana yg lebih dahulu mesti diraih; ilmu atau amal, dpt dikatakan bahawa dgn ilmu seseorang dpt melakukan amal. Dengan demikian, ilmu harus diraih terlebih dulu, baru dgn nya dpt melakukan amal. Akan tetapi, ilmu yg sesungguhnya(yakni pengenalan akan Allah) adalah “pemberian” dari Allah swt. Oleh sbb itu, ia memerlukan syarat-syarat tertentu utk “hadir” ke dlm diri manusia. Syarat dimaksud adalah ketakwaan. Dan ketakwaan termasuk jenis “amal”. Sehingga, dgn demikian, amallah yg harus tersedia lebih dahulu agar seseorang memperoleh ilmu. Kerana itu Allah berfirman “Bertakwalah kalian kepada Allah, maka Allah akan memberikan ilmu kepada kalian”.

Begitulah, ilmu membawa seseorang kepada ketakwaan pada peringkat tertentu. Dengan ketakwaan ini, dia beroleh ilmu pada peringkat yang lebih tinggi. Dengan ilmu lebih tinggi ini dia mencapai tingkat keimanan yg lebih tinggi lagi, yang dengannya meraih ilmu yg lebih tinggi lagi. Begitulah seterusnya, wallah a’lam.

No comments:

Post a Comment