Thursday, September 3, 2009

WAHABI




Ajaran dinisbahkan kpd Muhammad ibn Abd-al-Wahhab(1703-1792), pengasas ajaran ini. Dikira sebagai cabang dalam mazhab sunnah waljamaah,walaupun banyak perbezaannya. Juga dipanggil Salafi. Biasanya pengikut mazhab ini tidak mengakui mereka itu Wahabi. Mereka hanya mengatakan mereka mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

Dipengaruhi penulisan Ibn Tamiyyah.

Menganggap beberapa amalan dakam sunah wal-jamaah sebagai bidaah :

1) Berdoa menggunakan perantaraan(tawasul) dan mengambil tabaru’

2) Mengadakan tahlil

3) Menghias makam para sahabat dan nabi kerana beralasan untuk mengelakkan penyembahan seperti berhala

-ketika Saudi di bawah pemerintahan Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Saud, beliau telah memusnahkan makam Saidina Husayn ibn Ali ibn Abi Thalib, cucunda nabi di karbala

-memusnahkan kuburan sahabat, antaranya Zaid al-khattab

-memusnahkan monumen bersejarah dan tempat berlakunya peristiwa penting di zaman nabi


Dibiayai oleh Kerajaan Arab Saudi : menggunakan kekayaan hasil minyak, ajaran ini diluaskan ke seluruh dunia dalam pelbagai bentuk antaranya tajaan biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran.

Sesungguhnya ideologi ini telah ditentang keras oleh ulama-ulama di Malaysia.


Sekadar ringkasan. Untuk maklumat lanju sila baca atau rujuk mana-mana sumber.

Friday, August 7, 2009

Sang Mesiah Universal Mengikut 3 Agama Ibrahimik(Samawi)



Yudaisme
  • Berasal dari keturunan Ishak melalui Daud
  • Mesiah masih belum muncul
  • Kedatangan hanya sekali iaitu menjelang Hari Akhir untuk mengembalikan Dinasti Daud dan menyampaikan ajaran universal
  • Lokasi kedatangan : Jerusalem
Kristian
  • Berasal dari keturunan Ishak melalui Daud
  • Merupakan Isa putra Maryam
  • Pernah datang dan akan kembali lagi menjelang Hari Kiamat untuk menegakkan ajaran Kristian
  • Lokasi kedatangan : Kali pertama di Jerusalem. Kali ke-2 juga di Jerusalem
Islam
  • Berasal dari keturunan Ismail
  • Merupakan Muhammad bin Abdullah
  • Kedatangan hanya sekali sebagai Rasul. Menurut Al-quran dan Hadis seorang Imam dari keturunan baginda iaitu Muhammad al-Mahdi akan datang menjelang Hari Kiamat untuk menegakkan kembali ajaran Islam. Dia akan berjuang bersama Isa al-Masih yang datang untuk meluruskan kembali ajarannya.
  • LOkasi kedatangan :
  1. Pertama : Di Mekah. Rasulullah saw pernah ke Jerusalem ketika Isra Mikraj dan baginda juga berjaya membuka Kota Mekah.
  2. Kedua : Mekah. Imam Mahdi akan menguasai Kota Mekah dan Jerusalem

Rujukan dan penghargaan kepada penulis buku "The Hidden Prophecies" iaitu Musadeq Marhaban. Sila rujuk buku ini untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut.

Wednesday, August 5, 2009

Al-Mahdi


Hadis tentang al-Mahdi dari kaca mata Sunnah Wal-Jamaah

  • Abdullah meriwayatkan dari Nabi, yg bersabda : "Dunia tidak akan berakhir sampai seorang lelaki dari keluargaku, yang namanya sama dengan namaku, memerintah bangsa Arab". (Sahih Tirmidzi)
  • Ummu Salamah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda : "Mahdi yang dijanjikan berasal dari keturunanku, yakni dari keturunan Fathimah". (Sahih/Sunan Abu Dawud)

Hadis tentang al-Mahdi dari kaca mata Ahlulbayt


  • Dari Hudzaifah, mendengar Nabi saw bersabda : " Para Imam sepeninggalku sama dengan jumlah para pemimpin suku dari kalangan Bani Israel. Sembilan di antaranya adalah dari keturunan Husayn. Al-Mahdi umat ini berasal dari kami. Waspadalah! Kebenaran bersama mereka dan mereka bersama mereka. Kerana itu , hati-hatilah kalian dalam memperlakukan mereka sepeninggalku". (Itsbat al-Hudat)
  • Abdullah Ibn Mas'ud mendengar Nabi saw bersabda : "Dunia tidak akan berakhir sampai seorang lelaki dari keluuargaku(ahlulbayt), yang disebut al-Mahdi, bangkit untuk mengurus umatku". (Bihar al-anwar)